suria

Pegawai Komando TLDM Maut Selepas Jalani Latihan

KEMAMAN: Seorang pegawai komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Lumut, Perak dilaporkan mati mengejut dua hari lepas selepas selesai menjalani latihan di laut berdekatan Platform Alpha Tinggi, kira-kira 125 batu nautika dari perairan Kemaman.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam berkata kejadian berlaku kira-kira 12.30 tengah hari ketika Lt Komandan Shamrus Che Dan, 37, menjalani latihan bersama anggota yang lain.

Allahyarham dilihat berada dalam keadaan yang sangat letih selepas menjalani latihan dan kemudiannya pengsan.

"Melihat kejadian itu, anggota pasukan yang lain terus meminta bantuan dan mangsa kemudiannya dibawa dengan helikopter untuk dihantar ke Lapangan Terbang Kerteh bagi mendapat rawatan di hospital.

"Bagaimanapun sebaik tiba di lapangan terbang, mangsa disahkan meninggal dunia," kata Che Suza kepada Bernama.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain