ADOIIIBARU-BARU ni ada seorang artis baru ajak saya menemaninya makan malam. Artis ini kalau saya sebut nama, ramai yang tak kenal pun sebab dia masih lagi baru. Artis ini ada bertanya kepada saya, pernah atau tidak saya menyaksikan sebuah program hiburan hangat di televisyen?Saya beritahu dia, saya ni agak sibuk. Jarang sangat dapat menonton televisyen. Selepas itu si artis terus membuka komputer ribanya sambil menunjukkan kepada saya salah satu slot rancangan yang boleh ditonton melalui YouTube.Pada mulanya saya ingat ia sebuah klip video tetapi rupa-rupanya segmen sebuah rancangan hiburan tempatan.Saya faham sangat, sebagai artis baru, dia memang rasa bangga apabila wajahnya keluar di televisyen. Sebab itulah dia beria-ia benar nak tunjukkan kepada saya.Sambil urat dahi saya berkerut, saya bertanya kepada si artis, kenapa jurukamera itu menyorok tepi pokok dan celah-celah pasu?Wartawan televisyen itu pun sama juga, dua kali lima. Mereka masing-masing menyembunyikan diri dan terjenguk-jenguk macam orang pelarian yang dikejar polis.Selepas separuh jalan menonton rakaman itu, barulah saya tahu wartawan dan jurukamera rancangan tersebut kononnya sedang mengintai artis baru berkenaan sedang berasmara di sebuah restoran.Saya pun apa lagi terus ketawa berdekah-dekah. Kah kah kahhh...Saya bertanya kepada si artis, kenapa sampai wartawan berkenaan menyorok sedemikian rupa untuk dapatkan berita kisah percintaan mereka? Sedangkan artis itu bukan bintang Hollwood pun?Rupanya kata si artis ia hanyalah sekadar lakonan. Wartawan itu kononnya terserempak dia bersama si pasangan berdua-duaan.Akhirnya barulah saya tahu, rupa-rupanya selama ini kalau ada adegan wartawan dan jurukamera di celah-celah pasu bunga tu, maknanya ia hanyalah lakonan semata-mata.Saya pun ketawa lagi sambil berkata kepada si artis, nasib baiklah aku tak menonton rancangan itu. Kalau tidak, memang mati hidup balik aku kena temberang dengan mereka, hahaha...Untuk wartawan berkenaan saya gelaran dirinya sebagai “wartawan celah pasu” iaitu wartawan yang bekerja menyorok di tepi pasu untuk mengintai artis.Saya pun harian, dalam era milenium macam ini masih lagi ada wartawan buat kerja macam itu?Orang seperti inilah menjadi penyebab dunia kewartawanan hiburan dipandang sebagai kelas ketiga.Wartawan tidak perlu mengintai atau menyembunyikan diri di celah-celah tong sampah atau celah batang pokok untuk mendapatkan berita yang direka bagi menarik perhatian penonton.Banyak cara lain untuk “memperdayakan” orang ramai agar rancangan hiburan yang dipaparkan itu menarik dan benar-benar menjadi eksklusif.Penonton hari ini sudah boleh menilai sama ada bahan berkenaan asli ataupun sengaja dibuat-buat.Jadi, nasihat saya, stesen televisyen berkenaan haruslah ke hadapan dalam memikirkan sesuatu agar rancangan mereka nampak menarik serta realistik.Mereka bukannya bersembunyi di tepi semak untuk membuktikan kepada penonton bahan yang dihidangkan itu adalah bahan yang benar-benar eksklusif.Saya tidak dengki apa-apa pun cuma saya bimbang, takut nanti ada orang mati dipatuk ular gara-gara hendak dapatkan bahan eksklusif dengan menyorok di tepi semak.NIEZAM: Sembunyi dalam selimut...