Akaun RM3b: Anwar Tampil Buat Penjelasan Di Dewan Rakyat - Semasa | mStar

Akaun RM3b: Anwar Tampil Buat Penjelasan Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Kontroversi pemilikan akaun sejumlah RM3 bilion membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menjadi topik hangat apabila Ketua Pembangkang itu tampil pada Rabu membuat penjelasan berhubung dakwaan berkenaan di Dewan Rakyat.

Malah Anwar sekali lagi mengulangi pelawaannya agar pihak berkuasa tampil membuat siasatan semula jika wujudnya bukti-bukti baru membabitkan dakwaan tersebut.

"Soal siasat (semula) saya tak halang, saya akan beri kerjasama. Tapi yang saya kesalkan ialah isu ini dikitar semula.

"Kalau ada bukti lain yang dikemukakan, saya tak ada masalah. Kita boleh berbeza politik...tapi ini (fitnah) tak perlu," katanya pada sesi perbahasan Dewan Rakyat disini.

Kira-kira 13 tahun lalu, bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid dilaporkan mendakwa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion.

Bagaimanapun Anwar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menerusi Akuan Bersumpah (SD) yang dibuat oleh bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegahan Rasuah (BPR) pada ketika itu jelas menunjukkan siasatan bagi kes berkenaan ditutup kerana tiada kes.

Sementara itu menerusi sidang media di lobi Parlimen, Anwar sekali lagi menegaskan dakwaan terhadap pemilikan aset sejumlah RM3 bilion itu tidak berasas.

Ditanya sama ada beliau sedia membuktikan penyata akaun miliknya bagi menafikan dakwaan tersebut, Anwar sebaliknya mencabar pihak yang membuat dakwaan agar berbuat demikian.

"Kalau saya tuduh anda curi wang, adakah anda yang kena cari bukti? Saya lah yang kena buktikan.

"Sekarang ini BPR kata tak ada asas...pergi tanya BPRlah (bukti). Anda rogol orang, adakah anda kena cari bukti anda rogol siapa?," katanya.

Artikel Berikut

Akaun RM3b: PKR Dakwa Murad Diugut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis