suria

Muhyiddin Adakan Lawatan Sehari Ke Kedah

ALOR SETAR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan seharinya ke Kedah pada Selasa dengan menghadiri Program Himpunan Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana Negeri Kedah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Merbok, dekat Sungai Petani.

Sejurus tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Butterworth, Timbalan Perdana Menteri berlepas ke UiTM Merbok dan tiba pada kira-kira 10 pagi.

Turut hadir pada majlis itu adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UiTM Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar.

Muhyiddin kemudiannya dijadual menghadiri Jamuan Rakyat 1Malaysia di Padang Awam Felda Lubok Merbau, Padang Terap.

Beliau akan mengakhiri lawatan dengan menghadiri Program Sepetang Timbalan Perdana Menteri Bersama Pesara Tentera, Polis dan Penjara, Warga Tentera, Polis dan Penjara di Kolej Tentera Udara di sini pada 4.30 petang. - BERNAMA

Artikel Lain