suria

Kerajaan Tidak Akan Beri Kuasa Mendakwa Kepada SPRM Tanpa Merujuk Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk menyerahkan kuasa mendakwa kes-kes rasuah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tanpa merujuk kepada Jabatan Peguam Negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz memberitahu Parlimen, Isnin, ini kerana terdapat keperluan untuk memeriksa dan mengimbangi atau "pemikiran bebas" antara penyiasatan dan pendakwaan.

Beliau berkata Ketua Pesuruhjaya dan pegawai-pegawainya diberi kuasa untuk menyiasat di bawah Seksyen 7 Akta SPRM 2009 manakala Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan, menjalankan atau menghentikan apa-apa prosiding kecuali mahkamah syariah dan tentera.

Beliau memberi respons kepada soalan oleh Gobind Singh Deo (DAP-Puchong).

Artikel Lain