suria

Seberang Jaya 2, Perai Catat IPU Tidak Sihat

Seorang pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan di Persiaran Gurney yang turut mengalami jerebu ketika tinjauan fotoBernama di George Town, P.Pinang. Isnin.
 -fotoBERNAMA

PETALING JAYA: Sehingga pukul 11 pagi Isnin, hanya kawasan Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat.

Kawasan itu mencatatkan bacaan IPU pada tahap 101 berbanding 98 pada pukul 7 pagi, Isnin.

Beberapa kawasan seperti Pelabuhan Klang, Shah Alam, Petaling Jaya, Kuala Selangor, Cheras dan Batu Muda yang merekodkan IPU tidak sihat pada Ahad, masing-masing berada pada tahap sederhana pagi Isnin.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar, 88 peratus kawasan di seluruh negara berada pada tahap bacaan IPU sederhana, 10 peratus di tahap baik dan dua peratus menunjukkan kualiti udara tidak sihat.

IPU pada tahap antara 0 dan 50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Akhbar harian Indonesia The Jakarta Post, baru-baru ini melaporkan kebakaran hutan dan tanah gambut di daerah tersebut telah menyebabkan jerebu dan dijangka lebih banyak kebakaran akan berlaku.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia dalam laman webnya memberitahu cuaca diramalkan hujan di beberapa tempat di Negeri Sembilan dan Selangor.

Artikel Berikut

Artikel Lain