suria

Pemandu Teksi Didakwa Rompak Pekerja Sekolah Memandu

PETALING JAYA: Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, atas pertuduhan merompak secara berkumpulan seorang pekerja sekolah memandu menggunakan sebatang kayu, dua bulan lepas.

R.Rajahsegaran, 29, bersama-sama dua orang yang masih bebas, didakwa merompak Norazihan Abdul Rani, 39, sebuah kereta bernilai RM40,000 di kawasan tempat letak kereta, Blok A, Pangsapuri Aman, Puchong Prima, Selangor, pada 7.20 pagi, 18 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Hakim Rozina Ayob membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Julai untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Siti Aishah Ab Rashid manakala tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain