suria

Hasrat PKR Tawan 20 Kerusi Parlimen Di Sarawak Hanya Mimpi Manis

KAPIT: Rancangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menawan 20 daripada 31 kerusi Parlimen di Sarawak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 merupakan mimpi yang manis.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata adalah tidak salah bagi parti itu bermimpi dan ia akan hanya tinggal sebagai mimpi sahaja.

Beliau mengulas rancangan PKR untuk cuba memenangi 20 kerusi Parlimen di negeri itu sebelum menawan Putrajaya pada PRU ke-13.

Semalam, timbalan presiden PKR, Mohamed Amin Ali ketika melancarkan jentera pilihan raya parti itu di Sarawak berkata mereka akan membariskan calon bagi menentang Barisan Nasional (BN) di negeri itu.

"Pada PRU lepas, PKR juga berkata ia akan mengambil alih kerajaan negeri dan menampilkan ramai calon tetapi mereka hanya mampu menang dua kerusi sahaja," kata Shafie, yang juga Menteri kemajuan Luar bandar dan Wilayah.

Beliau, yang sering turun padang di negeri itu, berkata penduduk pedalaman di negeri itu amat menghargai usaha kerajaan BN membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

"Sokongan mereka masih mantap terhadap BN dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain