Larangan Pembakaran Terbuka Bagi Selangor, KL, Putrajaya - Semasa | mStar

Larangan Pembakaran Terbuka Bagi Selangor, KL, Putrajaya

KUALA LUMPUR: Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengisytiharkan perintah larangan pembakaran terbuka di semua kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa dengan serta merta.

Ketua Pengarah Alam Sekitar Halimah Hassan berkata larangan itu berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan aktiviti pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan dan aktiviti barbeku.

"Mereka yang sabit kesalahan melanggar perintah larangan itu boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Selain itu, Halimah berkata kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan terhadap setiap kesalahan.

Beliau meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menghubungi JAS dan Jabatan Bomba dan Penyelamat jika mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan mereka. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain