KPT Serah Kepada UM Ambil Tindakan Kepada Pelajar - Semasa | mStar

KPT Serah Kepada UM Ambil Tindakan Kepada Pelajar

PASIR GUDANG: Kementerian Pengajian Tinggi menyerahkan kepada Universiti Malaya untuk mengambil tindakan terhadap pelajarnya yang didakwa menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata beliau difahamkan pelajar itu, Haziq Abdullah Abdul Aziz, kini digantung pengajian kerana terlibat dalam Demonstrasi Mansuh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) pada 14 April lepas.

"Sebagai pelajar, dia patut sensitif dan patut tahu suasana persekitaran negara dan sebagainya... terpulang kepada universiti (untuk ambil tindakan)," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Borang Notis 5A kepada 75 penduduk Kampung Pasir Gudang Baru di sini, Ahad.

Haziq dipercayai mempertikai tindakan Sultan Johor, yang murka terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin berhubung isu pembidaan nombor plet kenderaan WWW1, di laman sosial Twitter miliknya pada 15 Jun lepas.

Pengajian pelajar tahun pertama Ijazah Sarjana Muda Undang-undang itu digantung selama satu semester mulai September ini. BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Anwar dijangka menghadap Agong Isnin