suria

Kerajaan Tolak Dakwaan Sekat Talian Telekomunikasi Ketika Bersih 3.0

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah menolak dakwaan menyekat talian telekomunikasi semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memberitahu Fong Po Kuan (DAP - Batu Gajah) dalam jawapan bertulis di Parlimen bahawa sistem tidak dapat mengendalikan penggunaan yang tinggi semasa perhimpunan 28 April.

Fong ingin tahu mengapa khidmat telefon bimbit terhenti semasa perhimpunan.

Rais berkata lebih 20,000 orang telah berkumpul di kawasan kecil semasa perhimpunan berhampiran Dataran Merdeka pada hari tersebut.

"Sistem telekomunikasi Selular secara umumnya tidak mempunyai kapasiti yang mencukupi untuk menyokong bilangan perbualan telefon dan pemindahan data yang tinggi, seperti apa yang berlaku semasa perhimpunan Bersih 3.0," katanya.

Beliau berkata panggilan yang dibuat akan gagal jika ia terlalu banyak dibuat secara serentak kerana pemancar tidak berupaya untuk mengendalikannya.

"Apabila sel-sel tersebut penuh, sistem akan menolak panggilan dan ini menyebabkan pengguna tidak dapat membuat panggilan," katanya.

Perhimpunan Bersih 3.0 telah diadakan untuk menggesa pilihanraya bebas dan adil.

Artikel Lain