suria

Saya Tidak Pernah Jadi Ejen Rahsia Selepas Keluar PKR - Zahrain

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah ditawarkan wang untuk keluar parti ketika masih dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), dua tahun lalu.

“Saya tidak tahu dan tidak terlibat mengenai ejen rahsia serta tidak pernah ditawarkan apa-apa untuk keluar PKR, sebab itulah saya menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen. Saya bebas mengkritik pembangkang mahupun kerajaan.

“Apa yang saya tahu mengenai kes membeli ahli parlimen ini, ia bukan kes baru kerana sebelum ini ia pernah berlaku di Taiwan apabila Ahli Parlimen BN ditawarkan untuk masuk PR, sebelum kes 16 September," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pemaparan klip video yang mendakwa wujudnya ejen daripada pihak tertentu untuk membeli wakil rakyat PKR untuk melompat parti.

Mengulas lanjut, Zahrain yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang berkata pendirian beliau dalam isu berkenaan adalah jelas malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan perkara yang serupa dengan mengejar ahli Barisan Nasional (BN).

“Wang ringgit bukan boleh beli semua orang, tapi kalau kata nak beli ahli parlimen, berhubung kait dengan isu 16 September itu saya tahu, dengan jelas ada yang mahu beli ahli parlimen BN. PR sendiri, Anwar sendiri, pernah telefon setiap ahli BN untuk lompat parti,” katanya.

Artikel Lain