suria

Pusat Latihan Huawei Bakal Latih 10,000 Pelatih Dalam Bidang ICT - PM

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Khamis, melancarkan pusat latihan firma gergasi telekomunikasi global, Huawei China.

Usahasama itu dijangka untuk melatih 10,000 pelatih dalam tempoh lima tahun dan menyumbang RM1.2 bilion dalam pendapatan negara kasar menjelang 2020.

Pusat latihan ini merupakan milik Huawei yang pertama di luar China, dengan kemudahan untuk menyediakan latihan telekomunikasi dan latihan teknologi ICT terkini.

Najib berkata pusat berkenaan merupakan hasil kerjasama di antara kerajaan dan sektor swasta.

"Huawei adalah salah satu daripada firma yang tampil ke hadapan untuk membantu kerajaan mencapai sasaran dalam menjadikan lebih ramai rakyat Malaysia yang berbakat, menarik dan memenuhi kehendak global dan dapat membangunkan rangkaian dengan bakat yang ada.

"Pada April tahun lepas, Huawei telah menandatangani perjanjian untuk melatih 10,000 ICT tempatan dan profesional telekomunikasi lebih lima tahun," katanya.

Najib berkata pusat itu akan memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dilatih dan dilengkapi pengetahuan terkini.

Artikel Lain