Polis Kenal Pasti Suspek Kedua Kes Babitkan Bekas Guru Tadika - Semasa | mStar

Polis Kenal Pasti Suspek Kedua Kes Babitkan Bekas Guru Tadika

PETALING JAYA: Polis mengenal pasti identiti suspek kedua kes bekas guru tadika yang dilarikan dan disamun sebelum ditinggalkan dengan kecederaan teruk di kepala, di ladang kelapa sawit di Kuala Selangor pada 6 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias berkata, ia susulan siasatan berhubung gambar suspek yang diambil daripada kamera litar tertutup di sebuah stesen minyak.

"Kita sudah mengenal pasti suspek kedua dan tempat tinggalnya juga sudah dikesan," katanya kepada pemberita selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya di sini, Khamis.

Polis menahan suspek pertama berumur 48 tahun di Taman Mas, Falim, Ipoh, Sabtu lepas.

Teoh Soo Kim, 51, dilaporkan hilang oleh suaminya setelah keluar daripada rumah di Bandar Kinrara, Puchong untuk berjoging dan mengambil anak seorang kawan untuk dijaga.

Namun, pada hari kejadian, wanita itu tidak muncul di rumah kawannya untuk mengambil kanak-kanak itu.

Siasatan polis mendapati Teoh disamun sebelum dipukul dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di ladang kelapa sawit berkenaan.

Wanita itu kini berada dalam keadaan koma di Hospital Sungai Buloh.

Polis mengeluarkan gambar dua suspek yang diambil daripada kamera litar tertutup di stesen minyak berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

PM Terima Laporan Akhir PSC Lynas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain