suria

Mayat Pemancing Lemas Di Sungai Kinabatangan Ditemui

KINABATANGAN: Mayat seorang pemancing yang lemas di Sungai Kinabatangan pada Selasa lepas dijumpai pada Khamis oleh pasukan pencari di kawasan tidak jauh dari mangsa dilaporkan hilang.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan DSP Martin Lugu berkata mayat mangsa, Karpinus Asbanu, 25, warga Indonesia ditemui kira-kira pukul 6 pagi.

Katanya mayat mangsa ditemui terapung di anak sungai Latangan oleh pasukan pencari yang membabitkan anggota polis bersama Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk dibedah siasat.

Pada Selasa lepas, Karpinus dilaporkan hilang selepas tergelincir di tebing sungai Kinabatangan berhampiran Kampung Balat ketika memancing. - BERNAMA

Artikel Lain