suria

Kementerian Pelancongan Perkenal Kad Diskaun Bagi Pelancong Asing

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Bukit Bintang-KLCC, memperkenalkan kad diskaun beli-belah bagi pelancong asing sempena Karnival Jualan Mega 1Malaysia 2012 mulai Jumaat hingga 2 September ini.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata pelancong perlu menunjukkan pasport mereka di kaunter perkhidmatan pelanggan pusat beli-belah yang mengambil bahagian untuk mendapatkan kad diskaun itu yang sah selama seminggu.

"Jika mereka tinggal lebih dari seminggu, mereka boleh memperbaharui kad itu untuk terus menikmati kemudahan diskaun," katanya kepada pemberita selepas melancarkan karnival beli-belah itu di sini Khamis.

Diskaun ditawarkan pusat beli-belah terkemuka, antaranya di Lot 10, Pavilion Kuala Lumpur dan Sungei Wang Plaza.

Terdahulu ketika berucap, Dr Ng berkata syarikat penerbangan perlu meningkatkan kekerapan penerbangan ke Malaysia bagi membolehkan lebih ramai pelancong mengambil peluang daripada karnival beli-belah itu. - BERNAMA

Artikel Lain