Bapa Lega Dua Anak Bakal Dibawa Pulang Dari New Zealand - Semasa | mStar

Bapa Lega Dua Anak Bakal Dibawa Pulang Dari New Zealand

KUALA LUMPUR: Penantian seorang bapa untuk membawa pulang dua anaknya selepas terpisah tujuh tahun setelah mereka "dilarikan" ibu mereka ke New Zealand pada 2004, bakal berakhir dengan bantuan Kelab Putera 1Malaysia.

Hanafi Salleh, 36, yang amat gembira dan bersyukur dengan berita baik itu berkata dua anaknya itu kini ditempatkan di sebuah pusat jagaan di Nelson City, New Zealand, setelah pihak berkuasa negara itu melucutkan hak penjagaan bekas isterinya ke atas mereka kerana terlibat dalam masalah dadah dan alkohol.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan Kelab Putera 1Malaysia kerana memberi peluang kepada saya untuk membawa pulang dua anak saya. Saya berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya dan kelab ini untuk membawa pulang kedua-dua mereka," katanya pada sidang media di sini, Khamis.

Beliau yang pernah bekerja sebagai pelayar di Syarikat Perkapalan Antarabangsa Malaysia Berhad (MISC Berhad), berkahwin dengan Nurul Junaidah Joanne, 27, warga New Zealand, pada 1999, namun bercerai pada 2005.

Hanafi berkata selama ini pelbagai usaha dibuatnya untuk membawa pulang dua anaknya Muhammad Syayden Ingham, 12, dan Muhammad Jamey Alano Ingham, 9, tetapi tidak berhasil.

Katanya pada tahun 2010, beliau berjaya mengesan anak-anaknya yang ditempatkan di pusat penjagaan Nelson Site Child Youth and Family itu.

Menurutnya terdapat permohonan daripada dua keluarga di New Zealand untuk mengambil mereka sebagai anak angkat sekiranya tiada waris yang menuntut.

"Pada awal-awalnya sewaktu kedua-dua anak saya dilarikan, saya masih boleh berhubung dengan isteri menerusi e-mel dan telefon, malah isteri saya berjanji akan kembali semula ke Malaysia.

"Pada masa sama, saya juga ada terima surat daripada mereka (anak-anak) dan beritahu mereka merindui saya dan ingin kembali semula ke Malaysia," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata pihaknya akan berjumpa dengan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia dan Kementerian Luar esok untuk mendapatkan bantuan membawa pulang dua beradik itu.

"Kita harap misi membawa pulang dua beradik ini berjaya kerana kedua-dua kanak-kanak ini adalah rakyat Malaysia yang dilahirkan di sini, mungkin tiada masalah dari aspek perundangan," katanya.

Abdul Azeez berkata sekiranya tiada masalah, beberapa anggota kelab itu dan keluarga dua beradik terbabit akan ke New Zealand minggu depan dengan kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kelab itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain

Spurs pecat Pochettino!