Pengawal Keselamatan Mati Dipukul - Semasa | mStar

Pengawal Keselamatan Mati Dipukul

KAJANG: Seorang pengawal keselamatan mati akibat dipukul di kepala di Taman Sri Langat, Jalan Reko di sini, Rabu.

Mayat T.Saikeran, 50, ditemui dengan tiga kesan koyakan di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata kejadian pada pukul 2.45 petang itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan.

"Mangsa dipercayai dipukul dengan sebatang besi. Kami menemui sebatang besi dengan kesan darah berhampiran kawasan mayat lelaki itu ditemui," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Sehubungan itu polis menahan seorang lelaki berusia 41 tahun di sekitar Kajang beberapa jam selepas kejadian bagi membantu siasatan kes itu.

Mayat Saikeran dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PM Terima Laporan Akhir PSC Lynas

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain