Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi Perempuan Dalam Jagaannya - Semasa | mStar

Pengasuh Didakwa Bunuh Bayi Perempuan Dalam Jagaannya

BATU PAHAT: Seorang pengasuh didakwa pada Rabu atas tuduhan membunuh seorang bayi perempuan di bawah jagaannya di rumah sewanya di Taman Bandar, di sini hujung bulan lepas.

Prosiding pendakwaan terhadap Tan Siew Bee, 42, yang merupakan ibu tunggal itu dijalankan di Wad 4, Hospital Batu Pahat kerana dia masih menerima rawatan akibat patah kaki.

Wanita berkenaan didakwa membunuh Lim Xiu Yao, empat bulan, di sebuah rumah di Jalan Panti, Taman Bandar antara 29 hingga 31 Mei lepas.

Lim dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika disabit kesalahan.

Tertuduh memahami pertuduhan yang dibacakan dalam Bahasa Mandarin namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Safiah Abdul Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendaftar, Mahkamah Sesyen Batu Pahat, Rosmaliana Osman menetapkan kes disebut semula pada 11 Julai ini di Mahkamah Majistret, di sini, sementara menunggu laporan bedah siasat dan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam. - BERNAMA

Artikel Berikut

Pengawal Keselamatan Mati Dipukul

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain