suria

Keluarga Suspek Kes Bunuh Ditipu RM6,000

KOTA KINABALU: Keluarga kepada seorang lelaki yang berusia 16 tahun yang merupakan suspek dalam satu kes bunuh, menerima tamparan hebat apabila ditipu sebanyak RM6,000 oleh seorang individu yang menyamar sebagai polis dan mendakwa boleh membantu membebaskan remaja itu daripada lokap.

Penipu itu telah memperdayakan keluarga terbabit dengan memaklumkan bahawa remaja lelaki itu telah ditahan di Ranau, Sabah, kira-kira 100 kilometer dari sini.

Lelaki itu menelefon keluarga remaja itu dan meminta sejumlah RM9,000 bagi membebaskannya.

Bagaimanapun, keluarga berkenaan hanya mempunyai wang RM6,000 dan lelaki tersebut bersetuju untuk mengambil jumlah itu terlebih dahulu dan mengambil bakinya selepas remaja lelaki terbabit dibebaskan.

Penipu itu memberitahu keluarga terbabit untuk mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun bank sebelum pergi untuk berjumpa dengan remaja lelaki yang sedang menunggu di balai polis Ranau.

Keluarga itu hanya menyedari mereka ditipu apabila tiba di balai polis apabila remaja lelaki itu masih ditahan di lokap.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superitendan Jauteh Dikun berkata, seorang suspek telah dikenal pasti.

Remaja lelaki itu telah ditahan selepas didakwa mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau sehingga cedera parah dalam satu serangan ketika satu majlis perkahwinan yang sedang berlangsung di Ranau, awal bulan ini.

Mangsa yang berusia 35 tahun itu bagaimanapun mati dalam perjalanan ke hospitalkerana mengalami kecederaan serius di leher.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain