suria

Dua Keluarga Tinggal Sehelai Sepinggang

GEORGE TOWN: Dua keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila rumah jenis papan yang mereka diami di Jelutong, di sini musnah dalam kebakaran awal pagi Selasa.

Mangsa, Teh Tatt Lye, 58, berkata ketika kejadian beliau bersama lima anggota keluarganya yang lain sedang nyenyak tidur sebelum terbau benda terbakar kira-kira pukul 3 pagi.

"Bila bau benda terbakar, saya terus bangun dan panggil semua anak-anak bangun. Kejadian berlaku sangat pantas, habis semua barang-barang kami musnah, kerugian lebih RM200,000," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, Selasa.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak Yamin Tekor berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan, pada 3.14 pagi.

Yamin berkata seramai 80 pegawai dan anggota bersama 15 jentera termasuk bomba sukarela dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

"Api berjaya dipadamkan dalam tempoh 30 minit dan kebakaran itu memusnahkan keseluruhan dua rumah terbabit termasuk sebuah kereta dan motosikal. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain