Wanita Didenda RM12,000 Ugut Bekas Panglima Tentera Udara - Semasa | mStar

Wanita Didenda RM12,000 Ugut Bekas Panglima Tentera Udara

SHAH ALAM: Seorang kontraktor wanita didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Isnin selepas mengaku bersalah terhadap dua tuduhan mengugut bekas Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral (B) Datuk Seri Suleiman Mahmud melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), Februari tahun lepas.

Hakim, Asmadi Hussin turut memerintahkan Jamaliah Abdul Majid, 49, dipenjara dua bulan sekiranya dia gagal membayar denda.

Jamaliah didakwa menggunakan telefon bimbit berulang kali menghantar SMS kepada Suleiman, 65, pada 17 dan 18 Februari tahun lepas, dengan niat untuk mengugut.

Tertuduh yang berasal dari Taiping, Perak, didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh menghantar SMS semasa Suleiman berada di Dublin, Ireland, memberitahunya bahawa beliau sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tuduhan rasuah.

Tertuduh seterusnya menghantar dua lagi SMS kepada Suleiman bertanya sama ada beliau ingin menemui pegawai penyiasat SPRM dan juga memberitahu dia (tertuduh) boleh menyelesaikan kes itu dengan bayaran RM100,000 untuk diberi kepada pegawai penyiasat SPRM.

Pada 17 Februari tahun lepas, Suleiman membuat laporan SPRM dan keesokan harinya (18 Februari) Jamaliah sekali lagi menghantar SMS berulang kali kepada Suleiman menyebabkan beliau berasa telah diugut.

Tertuduh ditahan pada 10.50 malam tersebut di Hentian Rehat dan Rawat Tapah arah Selatan ketika berjumpa dengan Suleiman untuk mengambil RM50,000 daripada beliau.

Terdahulu, Jamaliah yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan dia tiada niat untuk mengugut Suleiman.

Pendakwaan dikendalikan Mahamad Sukri Abu Seman daripada SPRM. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain