Polis P.Pinang Tumpas Bookie Bola Sepak Piala Euro 2012 - Semasa | mStar

Polis P.Pinang Tumpas Bookie Bola Sepak Piala Euro 2012

GEORGE TOWN: Polis menumpaskan sindiket bookie Kejohanan Bola sepak Eropah (Euro) 2012 yang mengaut pertaruhan RM100,000 bagi setiap perlawanan, selepas menyerbu sebuah kedai minuman di Jalan Datuk Keramat, di sini malam Ahad.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Kontinjen Polis Pulau Pinang DSP Zailani Amit berkata dalam serbuan pada pukul 7.45 malam itu, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga emas.

"Dua lelaki yang ditahan itu berumur lingkungan 30-an manakala seorang lagi berusia 79 tahun dan ketika ditahan mereka sedang menjalankan urus niaga menerusi Internet," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Beliau berkata siasatan awal mendapati warga emas itu terbabit dengan kesalahan yang sama semasa musim bola sepak Piala Dunia yang lepas.

Katanya sindiket itu terlibat mengatur pertaruhan perlawanan bola sepak dan menerima wang pertaruhan mencecah sehingga RM100,000 bagi setiap perlawanan.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa peralatan dan perkakasan perjudian, 49 keping kertas disyaki maklumat pertaruhan, sejumlah wang tunai, dua buah telefon bimbit dan dua jadual perlawanan bola sepak Piala Euro," katanya.

Beliau berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 6(3)(a) Akta Pertaruhan 1953, yang jika bersabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain