Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM21,000 - Semasa | mStar

Lelaki Ditahan Bersama Dadah Bernilai RM21,000

IPOH: Polis menahan seorang lelaki dan merampas dadah, dipercayai ganja, seberat 8.3 kilogram bernilai RM21,000 dalam satu serbuan di sebuah kawasan bekas ladang ternakan ayam di Pantai Remis, Khamis lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Manjung, Deputi Superitendan Ahmad Mat Isa berkata, lelaki berumur 30 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, hasil maklumat orang ramai.

Dalam serbuan itu, polis menemui 10 ketulan mampat dipercayai ganja dalam sebuah pondok, katanya kepada pemberita pada Isnin.

Ahmad berkata, siasatan juga mendapati lelaki terbabit pernah melakukan jenayah di bawah undang-undang langkah pencegahan khas beberapa bulan lalu.

Siasatan juga mendapati lelaki itu tidak bekerja dan bergiat aktif mengedar dadah sekitar kawasan Pantai Remis dan hasil ujian air kencing lelaki itu juga positif dadah, katanya.

Lelaki itu ditahan reman sehingga Khamis ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung sampai mati. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Lajim Ukin Nafi Lompat Parti

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain