suria

Karpal Singh Masuk Hospital Untuk Jalani Rawatan Biasa

PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan perubatan biasa, bukan kerana jatuh sakit.

Perkara ini disahkan oleh anak kedua beliau, Gobind Singh Deo.

"Memang benar bapa saya dimasukkan ke hospital, tetapi bukan kerana beliau tiba-tiba jatuh sakit.

"Beliau hanya mendapatkan rawatan susulan seperti yang dijadualkan oleh doktor," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Gobind Singh yang juga ahli Parlimen Puchong berkata sudah menjadi perkara biasa bagi bapanya yang berusia 72 tahun itu ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan kesihatan.

"Ia hanya rawatan susulan dua-tiga bulan sekali," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak memberitahu hospital tempat bapanya dirawat.

Sebelum ini terdapat desas-desus menyatakan anggota Parlimen Bukit Gelugor ini ditahan di wad kerana jatuh sakit sejak tiga hari lalu.

Artikel Lain