suria

Majlis Bertindak Peniaga Hasrat Kumpul Sejuta Tandatangan

KUALA LUMPUR: Majlis Bertindak Peniaga dan Penduduk Kuala Lumpur berhasrat mengumpulkan sejuta tandatangan warga kota sebagai bukti mereka tidak suka kepada perhimpunan yang mencetuskan huru-hara.

Pengerusinya Datuk Jamal Md yunos berkata tandatangan itu yang akan dikumpul dalam kalangan peniaga serta orang ramai akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

"Sejak lima hari lepas kita sudah mengumpul 110,000 tandatangan dan dijangka sebelum puasa (Julai) kita akan dapat mengumpul sejuta tandatangan, " katanya kepada pemberita, di sini, Sabtu.

Jamal berkata selain itu, pertubuhannya merancang mengadakan perhimpunan aman sama ada di Stadium Merdeka atau Bukit Jalil pada 23 Jun ini.

"Kita sudah kemukakan permohonan, tujuan perhimpunan tersebut kepada pihak berkuasa. Perhimpunan itu adalah bagi menuntut kerugian yang dialami peniaga dan penjaja semasa beberapa perhimpunan jalanan sebelum ini," katanya. BERNAMA

Artikel Lain