Tarik Balik Pembekuan Pinjaman Selepas Unisel Buat Rayuan - Khaled - Semasa | mStar

Tarik Balik Pembekuan Pinjaman Selepas Unisel Buat Rayuan - Khaled

PETALING JAYA: Keputusan menarik balik pembekuan pinjaman PTPTN untuk pelajar-pelajar Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dibuat setelah pihak Kementerian Pengajian Tinggi menimbang rayuan oleh universiti-universiti berkenaan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata;

"PTPTN sekadar ingin menguji sama ada negeri ini serius dalam menyediakan pendidikan percuma.

"Sekarang mereka telah mengakui kepentingan PTPTN, jelas sekali mereka tidak dapat mencapai matlamat memberikan pendidikan percuma," kata Khaled pada Jumaat.

Beliau menambah bahawa pembekuan terhadap Kuis juga akan ditarik balik.

Terdahulu, pembatalan pembekuan telah diumumkan oleh Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said dalam satu kenyataan, Khamis.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga Ulat Tiket Didenda

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

Almy Nadia lahir anak perempuan ketiga

"Kami sudah beri yang terbaik" - Aidil

Peng Soon, Liu Ying tinggalkan BAM