suria

PR Janji Beri Kaum Ibu RM50 Sebulan

GEORGE TOWN: Ini ada satu lagi janji Pakatan Rakyat jika berjaya ambil alih kerajaan pusat nanti - pemberian RM50 sebulan kepada para ibu.

Perkara ini diumumkan oleh Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam satu majlis di sini pada Jumaat.

Jelasnya, pemberian wang RM50 sebulan itu akan diberikan kepada semua ibu di negara ini tidak kira apakah status pendapatan atau pekerjaan mereka.

"Pakatan juga akan mewajibkan suami memberikan wang simpanan sebanyak RM10 hingga RM100 kepada isteri melalui satu skim simpanan yang akan diperkenalkan. Mereka boleh mengeluarkan wang itu selepas mencapai umur 50 tahun," ujarnya.

Artikel Lain