suria

Polis Kenalpasti Dua Suspek Culik, Rompak & Pukul Guru

KUALA LUMPUR: Polis telah mengenalpasti dua lelaki yang dipercayai terlibat menculik, merompak dan memukul seorang guru sehingga parah Rabu lalu.

Guru tersebut, Teoh Soo Kim, 51, telah didapati hilang selepas meninggalkan rumahnya pada jam 7 pagi di Bandar Kinrara 2 untuk mengambil seorang pelajarnya.

Dia kemudiannya ditemui oleh orang awam pada jam 11 pagi hari yang sama di Ladang Kelapa Sawit Talam, 12km dari Kuala Selangor.

Ketua Polis Serdang, Supt Abdul Razak Elias berkata, polis mengenalpasti dua suspek itu melalui rakaman CCTV sebuah stesen minyak berdekatan Puncak Jalil.

Beliau berkata pihak polis mengesyaki suspek-suspek itu adalah sebahagian daripada sindiket yang mensasarkan mangsa yang sedang mengeluarkan wang dari mesin atm untuk dirompak.

Kereta yang dinaiki oleh mangsa iaitu sebuah Proton Saga biru masih belum ditemui.

Hasil siasatan polis mendapati Teoh telah mengeluarkan wang sebanyak RM1,600 dari Bandar Kinrara dan rakaman CCTV mendapati terdapat empat lelaki berdiri di sebelahnya.

Artikel Lain