Mekanik Jumpa Bayi Di Beranda Rumah - Semasa | mStar

Mekanik Jumpa Bayi Di Beranda Rumah

MELAKA: Seorang mekanik terkejut apabila menjumpai seorang bayi lelaki yang hanya dibalut sehelai kain batik di atas sofa di beranda rumahnya di Batu Tujuh Bukit Gedong, Tanjung Kling di sini.

Md Isa Ali, 46, berkata, ketika kejadian dia bersama isteri, Faridah Rais, 44, dan tiga anak mereka baru tiba di rumah kira-kira 11.30 malam Selasa lepas setelah keluar makan sempena menyambut hari lahir anak keduanya.

Isa berkata, sebaik turun dari kenderaan, dia dan keluarga mendengar tangisan bayi sebelum masuk ke dalam rumah untuk membuka lampu beranda rumahnya.

"Ketika kejadian kawasan beranda gelap dan kami hanya mendengar tangisan bayi. Pada mulanya kami berasa sangsi dan takut dan tidak menyangka ia sebenarnya bayi yang ditinggalkan kerana kami tiada anak kecil," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini, Jumaat.

Bapa tiga anak itu berkata selepas menyalakan lampu hadapan rumahnya, dia bersama anak lelakinya Mohd Nizam, 17, menghampiri dan memeriksa bayi tanpa tali pusat yang dipercayai dilahirkan tidak sampai 24 jam itu.

Isa berkata, bayi dalam keadaan sempurna tanpa baju itu berada dalam keadaan basah akibat muntah, air kencing dan najis sebelum membuat panggilan dan laporan polis di Balai Polis Tanjung Kling pada jam 12.05 pagi.

Katanya, dia dan keluarga amat terkejut dengan kejadian pertama yang berlaku di kampung itu sejak 46 tahun tinggal di situ dan berhasrat untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat sekiranya dibenarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Superitendan Raja Shahrom Raja Abdullah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka berkata, bayi itu kini ditempatkan di bawah jagaan Hospital Melaka untuk rawatan.

Beliau berkata, pihaknya masih mengesan ibu kepada bayi yang ditinggalkan tanpa dokumen diri dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Perlindungan Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan menjadi mangsa dibaling seterika panas akibat perselisihan faham antara pasangan lelaki dan wanita di Taman Seri Kemendor Jasin, Rabu lepas.

Raja Shahrom berkata, dalam kejadian 4.30 petang itu, anak bongsu daripada tiga beradik itu bengkak di muka dan melecur di bahagian kiri badan apabila seterika yang dibaling seorang penoreh getah berumur 35 tahun ke arah ibu bayi berkenaan yang berusia 27 tahun terkena mangsa yang kini dirawat di Hospital Melaka. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Mayat Lelaki Rentung Dalam Kenderaan

Artikel Berikut

MRT Corp Nafi Beli BB Plaza

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain