suria

Rompakan: Pengawal Keselamatan Terkena Lima Das Tembakan Selamat

JOHOR BARU: Hasrat seorang pengawal keselamatan yang ingin mematahkan cubaan merompak menyebabkan dia ditembak sebanyak lima kali.

Bagaimanapun, dia bernasib baik kerana terselamat dalam insiden itu.

Kejadian berlaku apabila R.Paul, 50, yang mengiringi majikannya yang juga pemilik syarikat pengurup wang keluar dari Holiday Plaza di sini menuju ke tempat letak kereta di seberang jalan selepas premis tersebut ditutup pada pukul 8 malam, Selasa.

Paul berkata, dia menyedari tiga lelaki memakai topeng mengekori mereka dan salah seorang daripadanya mengeluarkan sepucuk pistol.

"Saya tahu kami dirompak dan ingin melepaskan tembakan tetapi terdapat dua wanita dengan anak-anak mereka kira-kira 50 meter dari kami.

"Saya berlari ke arah wanita dan kanak-kanak tersebut dan menjerit ke arah mereka supaya melarikan diri sebelum perompak itu melihat mereka. Saya ditembak di bahagian paha kanan.

"Sebelum saya dapat mempertahankan diri sendiri, saya terkena beberapa das tembakan dan terjatuh," katanya yang menceritakan detik cemas itu di Hospital Sultanah Aminah di sini, Rabu.

Beberapa perompak tersebut berjaya melarikan S$150,000 (RM373,000) selepas menembak paha kanan, pinggang kiri, tangan kiri, abdomen kiri dan bahagian belakang leher Paul.

Namun, Paul hanya mengalami kecederaan ringan dan dia dimasukkan ke wad pesakit biasa.

Artikel Lain