suria

Warga Amerika Maut Terjatuh Kondominium

KUALA LUMPUR: Seorang warga Amerika maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Seksyen 10, Wangsa Maju dekat sini, Selasa.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Zakaria Pagan berkata lelaki berusia 24 tahun itu dipercayai terjatuh ketika memanjat dinding balkoni kondominiumnnya kira-kira 2.30 petang.

Dia mengalami kecederaan dalaman.

"Lelaki itu masih bernyawa ketika dibawa ke Hospital Gleneagles, Jalan Ampang tetapi disahkan meninggal dunia pada 5 petang semalam.

"Mayatnya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat hari ini," katanya menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

Zakaria berkata mangsa dikatakan berkahwin dengan wanita tempatan sejak setahun lalu dan mengusahakan pusat asuhan kanak-kanak di kawasan kondominium itu.

Polis tidak pasti kenapa mangsa memanjat balkoni kondominiumnya dan ketika ini polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain