suria

Wanita Histeria Cuba Bunuh Diri

Histeria....Mangsa cuba ditenangkan oleh anggota polis sebelum dia ditahan di Balai Polis Jelutong pada Selasa.
Histeria....Mangsa cuba ditenangkan oleh anggota polis sebelum dia ditahan di Balai Polis  Jelutong pada Selasa.
Histeria....Mangsa cuba ditenangkan oleh anggota polis sebelum dia ditahan di Balai Polis Jelutong pada Selasa.

GEORGE TOWN: Seorang wanita berusia 27 tahun yang baru sahaja kehilangan kerja dua hari lalu mengugut untuk membunuh diri dengan pisau selepas bertengkar dengan bapanya.

Wanita berkenaan dilihat menangis seorang diri oleh penduduk pada pukul 12.30 pagi Selasa di bulatan Lorong Delima 12-Lorong Delima 7, di Glades Island.

Mereka kemudiannya menghubungi pihak polis dan mereka tiba di tempat kejadian sebaik sahaja menerima panggilan kecemasan.

Beberapa anggota polis cuba menenangkan mangsa dan mengambil pisau daripada tangan mangsa sebaik sahaja dia dikeluarkan daripada keretanya.

Bagaimanapun, mangsa seolah-olah terkena histeria apabila dia mula menjerit kepada anggota polis berkenaan.

Salah seorang daripada anggota polis berkenaan menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mendapat pertolongan apabila ‘drama’ tersebut berlanjutan hampir satu jam namun wanita tersebut tiba-tiba cuba melarikan diri dengan menaiki keretanya dan memecut pergi.

Pihak polis berjaya mengejar mangsa kira-kira 500 meter di tepi Jalan Yeap Chor Ee.

Mereka sekali lagi cuba memujuk mangsa, selepas itu tiba seorang lelaki dalam lingkungan umur 50 an dengan menaiki motosikal dipercayai ayah kepada wanita berkenaan, menyuruhnya membuka pintu.

Dia masuk ke dalam kereta untuk bercakap dengan wanita berkenaan dalam tempoh seketika.

Kemudiannya dia memaklumkan kepada pihak polis yang anaknya itu telah bersetuju untuk membenarkannya memandu kereta tersebut ke Balai Polis Jelutong.

Sebaik sahaja tiba di balai polis, mangsa mengugut wartawan yang membuat liputan dan memberitahu mereka bahawa dia akan ingat muka setiap seorang daripada mereka dan akan mencatat nombor pendaftaran kenderaan mereka.

Dua laporan polis dibuat oleh wartawan berkenaan di Balai Polis Jalan Patani.

Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner, Gan Kong Meng berkata wanita berkenaan telah dihantar ke jabatan psikiatri Hospital Pulau Pinang bagi menyiasat kes tersebut atas cubaan membunuh diri di bawah Seksyen 309 Kanun Jenayah.

Sementara itu, bagi mereka yang mempunyai masalah perbadi boleh menghubungi, Befrienders di talian 04-281 5161 atau 04-281 1108 manakala mereka yang di Lembah Klang boleh menghubungi talian 03-7956 8144 atau 03-7956 8145. Di Ipoh pula anda boleh menghubungi talian 05-547 7933 atau 05-547 7955.

Artikel Sebelum

Artikel Lain