suria

PM Dijadual Lawat Sabah Pada 16 & 17 Jun

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melakukan lawatan kerja ke Sabah pada 16 dan 17 Jun ini.

Menurut kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman, di sini Rabu.

Perdana Menteri mempunyai atur cara yang padat sepanjang lawatan dua hari itu.

Najib dijadual melawat Sook dan Keningau pada 16 Jun sebelum melakukan lawatan ke Tambunan pada hari berikutnya.

Perdana Menteri akan berlepas pulang ke ibu negara pada petang 17 Jun. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain