suria

MAHB Lantik Dr Wan Abdul Aziz Sebagai Pengerusi Baru

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) melantik Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah sebagai pengerusi baru berkuat kuasa 7 Jun.

Wan Abdul Aziz, 60, menggantikan bekas pengerusi Tan Sri Dr Aris Othman, yang kontraknya tamat pada Rabu.

Pengerusi baru itu yang kini memegang jawatan pengarah di 10 institusi dan syarikat awam, juga dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Pemerolehan Lembaga, Jawatankuasa Kewangan & Pelaburan Lembaga dan Jawatankuasa Pengurusan Risiko Lembaga MAHB, berkuat kuasa, Khamis.

Wan Abdul Aziz memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian), Gunaan Ekonomi dari Universiti Malaya; Sarjana Falsafah (Pengajian Pembangunan) dari University of Sussex, United Kingdom dan Doktor Falsafah (Ekonomi) dari Sekolah Perniagaan dan Pengajian Ekonomi, University of Leeds, United Kingdom. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain