suria

Lelaki Ditahan Bersama 6gram Syabu

SANDAKAN: Polis menahan seorang lelaki berusia 29 tahun selepas merampas syabu enam gram yang dianggar bernilai RM3,000 daripadanya di sebuah rumah di Kampung Batu Putih, Jalan Airport di sini, Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan, Supt Fadzil Mohd Ali berkata serbuan dilakukan kira-kira pukul 9.30 malam dan lelaki itu didapati tidak memiliki keterangan diri.

"Syabu tersebut yang dibungkus dalam tiga paket plastik berlainan saiz ditemui di dalam beg pinggang yang dipakainya dan hasil ujian saringan awal mendapati lelaki itu positif syabu," kata beliau.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain