Rakyat Selangor Tak Perlu Layan Pemeriksaan Daftar Pengundi PKR - MPM - Semasa | mStar

Rakyat Selangor Tak Perlu Layan Pemeriksaan Daftar Pengundi PKR - MPM

KUALA LUMPUR: Rakyat Selangor disaran supaya tidak melayan sebarang pemeriksaan daftar pengundi dari rumah ke rumah yang dilakukan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).

Pengerusi Biro Politik dan Governan Majlis Perundingan Melayu (MPM) Datuk Seri Dr Mohd Hilmi Ismail berkata kerajaan negeri tidak berhak melakukan pemeriksaan itu kerana ia di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"(Semakan daftar pengundi) bukan kerja orang awam, kerajaan negeri atau parti, ia kerja SPR. Bagi saya tindakan ini adalah taktik pembangkang yang nak mencari helah untuk memperlecehkan SPR.

"Pembangkang nak cari salah siap-siap supaya bila mereka tewas pilihan raya umum nanti ada alasan untuk mereka tuduh SPR tak telus dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Selasa.

Mohd Hilmi juga menyeru pihak pembangkang supaya bersikap sebagai orang yang budiman dalam menghadapi pilihan raya umum dengan mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan.

Baru-baru ini kerajaan negeri Selangor mengumumkan pelaksanaan program 'Selangorku Bersih' bagi membersihkan senarai daftar pengundi secara besar-besaran dengan penglibatan masyarakat setempat. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.