suria

Penjual Besi Buruk Dipenjara Dua Tahun Bakar Butik Pengantin

PETALING JAYA: Seorang penjual besi buruk dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen pada Selasa selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membakarsebuah butik pengantin awal tahun lalu.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal memerintahkan Ng Kean Hoe, 29, menjalani hukuman penjara itu bermula daripada tarikh Ng ditangkap iaitu 29 April.

Ng yang tidak diwakili peguam,didakwa membakar Touch Collection Wedding Studio kepunyaan Chin Wei Ching, 41, di No 86, Jalan SS2/24, Sea Park di sini pada 5.40 pagi, 11 Januari 2011 yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM47,380.

Dia didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun memberitahu mahkamah bahawa berdasarkan laporan Hospital Tanjung Rambutan, Ng tidak mengalami masalah kesihatan mental ketika kejadian. - BERNAMA

Artikel Lain