suria

Masalah Judi Lebih Serius Selepas Euro 2012

PETALING JAYA: Masalah perjudian dijangka menjadi lebih teruk selepas Euro 2012 berakhir.

Menurut Pusat Rehab Perjudian (GRC), jumlah panggilan talian hotline pusat itu dijangka meningkat tiga kali ganda selepas 1 Julai depan.

Setiausaha GRC, Karline Chew berkata ianya berlaku selepas kumpulan berkenaan hilang wang pertaruhan masing-masing.

"Selepas perlawanan berakhir, apabila mereka kehilangan semua wang pertaruhan, penjudi atau keluarga mereka akan meminta pertolongan membantu menyelesaikan hutang mereka.

"Sudah menjadi trend. Selepas suatu acara sukan selesai, panggilan hotline kami meningkat, terutamanya selepas permainan bola sepak," katanya.

Chew berkata pusat itu sekarang menerima purata lima panggilan sehari mengenai masalah perjudian tetapi jumlah itu akan mencecah 10 hingga 15 selepas Euro 2012.

"GRC akan cuba untuk mendapatkan lebih ramai sukarelawan untuk memberi nasihat kepada penjudi yang ingin dipulihkan," katanya.

Tambah beliau kebiasaannya penjudi tidak menghubungi sendiri talian hotline GRC.

"Kes perjudian yang serius akan menjejaskan ahli-ahli keluarga dan biasanya sama ada pasangan atau ibu bapa penjudi yang akan mendapatkan bantuan," kata Chew sambil menambah bahawa kebanyakan mereka yang terlibat dalam perjudian bola sepak adalah lelaki.

Jelas beliau kes paling tragis yang pernah dihadapinya ialah apabila seorang penjudi terjun bangunan kerana tidak dapat melangsaikan hutang judinya.

Chew berkata GRC mempunyai dua pusat panggilan utama iiatu di Kuala Lumpur dan Johor.

"Selepas kami menerima panggilan, kita akan beri pemanggil nomber pusat perkhidmatan kami yang terdekat kepada mereka. Sukarelawan kita akan bertemu dan menasihati mereka," katanya.

Chew berkata GRC juga mempunyai dua buah pusat perlindungan untuk penagih judi yang mencari pemulihan.

"Mereka akan menghabiskan masa tiga bulan di pusat perlindungan kami di Seremban atau Kluang," katanya.

"Dalam tiga bulan, penjudi tidak akan dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar," kata Chew.

Mereka yang ingin mendapatkan bantuan daripada pusat ini boleh menghubungi hotline di talian 017-2381900.

Artikel Lain