Daftar Pengundi: Kerajaan Negeri Selangor Dibidas - Semasa | mStar

Daftar Pengundi: Kerajaan Negeri Selangor Dibidas

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor Datuk Seri Noh Omar Noh membidas kerajaan negeri kerana lebih menumpukan kepada isu kewujudan 300,000 pengundi baru dalam daftar pemilih, dan tidak mengambil berat tentang sejumlah 600,000 rakyat yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.

Beliau berkata jika kerajaan negeri boleh memperuntukkan RM1 juta untuk kaji selidik daftar pengundi dari rumah ke rumah, mengapa ia tidak membantu mendaftarkan rakyat Selangor sebagai pemilih.

Noh mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam bahawa Selangor merupakan negeri yang mempunyai jumlah tertinggi daripada 3.2 juta rakyat yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.

"Yang menghairankan, mengapa kerajaan negeri tidak melakukan bantahan sebelum tamat tempoh bantahan daftar pemilih, tetapi memilih untuk melakukan kaji selidik itu, yang tidak mempunyai kuasa daripada segi undang-undang untuk melakukannya," katanya kepada pemberi selepas menutup Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Selangor anjuran Jabatan Penerangan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas Selangor di sini, Selasa.

Noh berkata ini adalah cara pembangkang mengelirukan rakyat dan kerajaan negeri sepatutnya membantu SPR mendaftarkan mereka yang layak mengundi sebagai pemilih, dan bukan mencari salah suruhanjaya itu dengan melakukan kaji selidik ke atas daftar pemilih.

"Mereka sedang bina perspektif negatif terhadap SPR ... mereka yakin mereka akan kalah, dan akan terus menyalahkan SPR kerana pilihan raya umum kononnya tidak bersih," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain