suria

Telefon Bimbit, Jam Tangan, Kamera Dirampas Daripada Dua Suspek Ragut, Pecah Kereta

KUALA LUMPUR: Polis menemui 10 telefon bimbit, dua peranti 'Smart Tag', kad 'Touch and Go', jam tangan dan kamera daripada dua lelaki suspek kes ragut dan pecah kereta yang ditahan di Cheras dekat sini minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh berkata suspek dalam lingkungan umur antara 20 dan 30 tahun ditangkap beberapa jam selepas kejadian ketika mereka sedang menaiki motorsikal pada 29 Mei lepas.

Kedua-dua suspek terlibat dalam 11 kes ragut dan polis masih menyiasat sama ada kedua-dua suspek turut terlibat dalam kes pecah rumah, katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

"Kedua-duanya mempunyai rekod dadah dan aktif dalam kes jenayah dalam tiga bulan ini," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain