suria

Pelancong Hong Kong Cedera Parah Selepas Bot Langgar Feri Di Langkawi

LANGKAWI: Seorang pelancong Hong Kong cedera parah apabila bot pelancong yang dinaiki berlanggar dengan sebuah feri penumpang dekat jeti Kuah di sini, Ahad.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Hariph Kam Abdullah berkata Weng Heng Hee, 24, yang cedera di kepala, sedang dirawat di Hospital Langkawi.

Ketika kejadian, Weng menaiki bot itu bersama 11 pelancong lain.

Katanya feri berkenaan baru saja bertolak 50 meter dari jeti Kuah di sini kira-kira 1.15 tengah hari apabila berlanggar dengan sebuah feri penumpang yang dalam perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah.

Beliau berkata punca kejadian masih disiasat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain