suria

Anggota Polis Cedera Dirempuh Motosikal Dalam Ops Lumba Haram

KLANG: Seorang anggota polis trafik berpangkat koperal yang sedang menjalankan operasi mencegah lumba haram, cedera parah di kepala selepas dirempuh sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki di Jalan Bunga Raya, Taman Gembira, di sini awal pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop berkata mangsa, Mustaghni Tabri, 48, masih tidak sedarkan diri di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini.

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 3.30 pagi, Mustaghni dirempuh serta dilibas dengan topi keledar oleh pembonceng motosikal itu menyebabkan beliau cedera di bahagian belakang kepala akibat hentakan kuat.

"Polis masih memburu suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan," katanya.

Mat Yusop berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain