Wartawan Utusan & NST Dihalang Buat Liputan Operasi Tutup Restoran Di P. Pinang - Semasa | mStar

Wartawan Utusan & NST Dihalang Buat Liputan Operasi Tutup Restoran Di P. Pinang

GEORGE TOWN: Wartawan Utusan Malaysia dan New Straits Times (NST) dihalang daripada membuat liputan operasi penguatkuasaan kebersihan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP)di Batu Ferringhi, pada Khamis.

Operasi bermula pukul 11 pagi itu melibatkan enam pegawai dari Jabatan Kesihatan Daerah Timur Laut dan lapan pegawai dari jabatan pelesenan MPPP.

Dalam sidang media yang diadakan selepas operasi itu, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam MPPP Ong Ah Teong memohon maaf dan memberitahu bahawa sidang media tidak akan dimulakan selagi wartawan dari Utusan dan NST berada di situ.

Wartawan NST, Predeep Nambiar yang ditemui Bernama selepas sidang media diadakan, berkata sebelum operasi itu bermula, beliau ada bertemu Ong untuk berjabat tangan dan beramah mesra tetapi pegawai itu bersikap dingin terhadapnya.

"Pada mulanya beliau tidak menyambut huluran tangan saya dan berkata MPPP telah mendapat pekeliling daripada kerajaan negeri untuk tidak membenarkan wartawan Utusan dan NST daripada membuat sebarang liputan mengenai program mereka," katanya. Bimbang waktu rakan dari media lain terbuang begitu sahaja, kedua-dua wartawan berkenaan meninggalkan majlis sidang akhbar itu tanpa sebarang bantahan.

Terdahulu dalam operasi hampir dua jam itu, seorang pemilik restoran diberi arahan menutup sementara premis miliknya selama 14 hari ekoran tahap kebersihan yang rendah.

Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Daerah Timur Laut Wong Kee Poh berkata arahan itu terpaksa dikeluarkan kerana peremis itu hanya memperoleh markah sebanyak 45.68 peratus dan tidak memenuhi kriteria kebersihan yang ditetapkan.

Beliau berkata pemilik restoran nasi kandar itu turut dikenakan kompaun sebanyak RM350 kerana kesalahan pencemaran air dan kegagalan mencegah pembiakan vektor mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

"Jika sabit kesalahan pengusaha restoran berkenaan boleh didenda maksimum RM3,000 dan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain