suria

Projek NKRA KKLW Hampir Selesai Dilaksana - Shafie Apdal

KUALA LIPIS: Projek-projek Infrastruktur Asas Luar Bandar Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah dilaksana hampir kesemuanya.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sehingga 30 April lepas, kementerian itu telah membina 2,263.92 kilometer jalan luar bandar berbanding sasaran 1,841.55 km.

Bagi tempoh itu juga sebanyak 142,498 buah rumah di luar bandar mendapat bekalan air dan 59,824 menerima bekalan elektrik berbanding sasaran 57,714 rumah, katanya kepada pemberita, di Kampung Tanjung Gahai, Lipis, Khamis.

Katanya, bagi Program Bantuan Rumah pula, kementerian telah siap membina dan membaik pulih 33,587 unit rumah berbanding sasaran 27,559.

"Kerajaan melalui KKLW akan terus menyediakan kemudahan asas sepenuhnya kepada penduduk di kawasan luar bandar di seluruh negara dan buktinya peruntukan RM16 billion telah diperuntukkan tahun ini bagi melaksanakan projek-projek terbabit," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain