suria

Lelaki Disyaki Pengedar Dadah Ditahan Di Felda Padang Piol

KUANTAN: Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas dadah jenis heroin seberat 21 gram di Felda Padang Piol, dekat sini petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata lelaki berusia 22 tahun itu ditahan pada pukul 5 petang selepas dia, yang ketika itu menunggang motosikal, cuba melarikan diri apabila terserempak dengan anggota polis.

"Lelaki itu bertindak terjun daripada motosikalnya selepas melihat kelibat anggota polis dan cuba melarikan diri bersama beg sandangnya sebelum berjaya ditahan polis. "Hasil pemeriksaan, polis menemui 10 paket plastik lutsinar yang mengandungi serbuk putih disyaki dadah jenis heroin," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata lelaki itu dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah sejak sebulan lepas dan dia kini ditahan reman selama seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. -BERNAMA

Artikel Lain