Kecuaian Pemandu Bas Mungkin Punca Kemalangan - Polis - Semasa | mStar

Kecuaian Pemandu Bas Mungkin Punca Kemalangan - Polis

GEORGE TOWN: Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan bas yang meragut dua nyawa jemaah tabligh warga Myanmar di Jalan Tun Sardon di sini, Jumaat lepas, berpunca akibat kecuaian pemandu bas berkenaan.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Hatta Md Zin berkata ia berikutan laporan awal Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) mendapati bas berkenaan termasuk sistem breknya berada dalam keadaan baik.

"Mungkin pemandu bas itu belum biasa membawa kenderaan itu...beliau masih dalam keadaan koma dan menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata laporan penuh berhubung kejadian itu hanya akan diperolehi minggu depan.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam itu, bas tersebut yang membawa 44 jemaah tabligh warga Myanmar itu hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 10 meter.

Seorang penumpang, Abdul Jatba, 47, maut di tempat kejadian manakala Soe Myint, 26, yang menerima rawatan di HPP, meninggal dunia pada malam Sabtu dan penumpang lain mengalami kecederaan.

Siasatan sebelum ini mendapati bas berkenaan tidak mempunyai cukai jalan sejak tiga bulan lepas manakala pemandu bas terbabit mempunyai lima rekod kesalahan trafik. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain