Empat Pegawai Didakwa Kemuka Butiran Palsu Berhubung Pembayaran Tiket Kapal Terbang - Semasa | mStar

Empat Pegawai Didakwa Kemuka Butiran Palsu Berhubung Pembayaran Tiket Kapal Terbang

KUALA LUMPUR: Empat pegawai Yayasan Pelajaran Mara(YPM), masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis terhadap pertuduhan mengemukakan butiran palsu berhubung pembayaran tiket kapal terbang, dua tahun lepas.

Keempat-empat tertuduh iaitu Pengurus Unit Penyelaras YPM-Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi (DPPT) Noraidah Johar, 43; Penolong Pengurus Kewangan, Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi III, Muhammad Suhaimi Ismail, 44; Penolong Pengurus Pentadbiran dan Perjawatan, Zolkefli Mohd Ali, 48; dan Penolong Pengurus Hal Ehwal Pelajar dan Akademik, Nurmawati Redzwan, 46.

Kesemua tertuduh didakwa menggunakan dua dokumen yang mengandungi butiran palsu iaitu Ringkasan Borang Tuntutan Perbelanjaan/Penyelesaian Pendahuluan Lawatan Rasmi Bulan April 2010 dan Resit Rasmi Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd tanpa tarikh berjumlah RM12,125.

Mereka didakwa mengesahkan dan mengaku membayar RM12,125 bagi tiket kapal terbang kelas perniagaan pergi-balik ke Jepun yang mana jumlah sebenar adalah RM3,500 iaitu kelas ekonomi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian Kewangan, Unit Dana Pinjaman Pendidikan Tinggi, Yayasan Pelajaran Mara, antara 18 Mei 2010 dan 3 Jun 2010, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 (2) akta sama, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain membenarkan kesemua mereka dijamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan pasport diserah ke mahkamah.

Beliau menetapkan 14 Jun untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Poi Yoke manakala keempat-empat mereka diwakili Azrul Z. Stork. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser