suria

Ejen Jual Kereta Didakwa Tipu Pegawai Jualan RM3,418

KUALA LUMPUR: Seorang ejen menjual kereta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Jumaat atas tuduhan menipu seorang pegawai jualan sebanyak RM3,418 dua bulan lepas.

Tan Kuai Meng, 24, didakwa menipu Lee Kok Leng, 25, dengan niat memperdaya sehingga mempercayai bahawa dia (Tan) boleh membantu Lee menjual keretanya yang menjurus kepada pegawai jualan itu menyerahkan cek bernilai RM3,418 kepada tertuduh.

Tan didakwa melakukan kesalahan itu di Scott Garden, Jalan Klang Lama, Brickfields, di sini pada 3 petang, 31 Mac lepas.

Tan yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Zulkpli Abdullah menetapkan 15 Jun untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri. - BERNAMA

Artikel Lain