suria

Polis Dapat Lakaran Foto Dua Lelaki Serang Wanita Di Pusat Beli-Belah The Curve

PETALING JAYA: Polis telah mendapat lakaran foto dua orang lelaki yang telah menyerang pegawai pemasaran Internet Chin Xin-Ci di parkir sebuah pusat beli-belah.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Supt Meor Hamdan Meor Mohamad berkata polis telah berusaha keras untuk mengesan suspek.

"Kami berharap orang ramai boleh membantu kami menangkap mereka," katanya, Rabu.

Supt Meor Hamdan berkata polis juga telah mendapatkan kenyataan daripada Chin dan saksi-saksi lain dalam kejadian Ahad lalu.

Mereka juga mengkaji rakaman kejadian melalui CCTV.

Pihak berkuasa juga mencari kereta Chin yang telah dicuri dua lelaki terbabit.

Sementara itu, pengurusan The Curve berkata pihaknya akan terus mengkaji langkah-langkah keselamatan kerana keselamatan pembeli adalah amat penting.

Pengurus pusat, Jazmi Kamaruddin berkata The Curve menyediakan pelbagai langkah-langkah keselamatan, termasuk rondaan patrol, manakala pegawai keselamatan juga menggunakan motosikal dan 'buggy' di pusat beli-belah.

"Kita kesal dengan kejadian yang berlaku. Walau bagaimanapun, keutamaan kami sekarang adalah untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangkap pesalah," katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Jazmi menggesa saksi dan orang ramai untuk tampil ke hadapan jika mereka mempunyai apa-apa maklumat atau petunjuk mengenai kejadian itu.

Chin, menceritakan pengalaman pahitnya pada akaun Facebook berkata dia sedang memindahkan barang-barang ke tempat duduk belakang kereta teman lelakinya di tempat letak kereta bawah tanah The Curve pada pukul 5.20 petang.

Tiba-tiba, dia telah dicekik dari pintu belakang kereta dan pisau pemotong daging diletakkan di lehernya.

Dia menambah lelaki itu kemudian menutup mulutnya dengan tangan dan dia ditolak ke dalam tempat duduk belakang kereta.

Seorang lelaki kedua muncul dan mengambil kunci kereta dan meminta tiket letak kereta itu sebelum dia mula memandu keretanya.

Menunggu peluang untuk membuat melarikan diri, dia berkata dia sedar yang kereta tersebut akan dipandu perlahan ketika keluar dari tempat letak kereta.

Dia berjaya membuka pintu tetapi salah seorang suspek menariknya semula ke dalam.

Bagaimanapun, dia tetap melawan dengan kedua-dua suspek sebelum berjaya melarikan diri.

Artikel Lain